• Home

    Home


  • Articles

    Articles


  • Happenings

    Happenings


  • Eksentriks

    Eksentriks


  • Community

    Community

  • Home
  • Articles  ▾
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Happenings
  • Artist Registry
  • Community
  • Contributors

  • Submit Post
  • Submit Event
  • Contact Us

  • What is Eksentrika?
  • Advertise with Eksentrika
  • FAQ
  • Help
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Home
  • Articles
  • Happenings
  • Artist Registry
  • Community
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Unsur Kristian Dalam Cerpen Dan Sastera Kebangsaan
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Unsur Kristian Dalam Cerpen Dan Sastera Kebangsaan

Share this article via


“Greater love has no one than this, than to lay down one’s life for his friend.” – John 15:13 (Bible, New King James Version)

Konsep Sastera Kebangsaan yang dipelopori sejak tahun 1971 menekankan betapa perlu penulis pelbagai kaum, etnik, agama dan latar belakang menyampaikan pengalaman dan budaya komuniti mereka dalam karya Bahasa Malaysia.

Dalam pandangan yang disiarkan di majalah Dewan Sastera (Jun 1982), Ketua I Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Tan Sri Ismail Hussein mengharapkan supaya alam pemikiran komuniti Cina dan India, serta penganut agama Buddha, Hindu dan Kristian turut ditampilkan secara terbuka dalam Sastera Kebangsaan.

Sesungguhnya, memang ada usaha berbuat demikian oleh kelompok Sasterawan Kavyan, penulis keturunan Siam, serta penulis beragama Hindu dan Buddha yang menulis cerpen Bahasa Malaysia.

Namun begitu, kita jarang membaca cerpen yang mengangkat dan menggambarkan hal-hal berkaitan ajaran Kristian. Sejak dahulu, watak beragama Kristian lazim ditonjolkan secara negatif; atau akhirnya masuk Islam.

Dalam hal ini, kejayaan Saroja Theavy Balakrishnan menyelitkan unsur-unsur Kristian secara amat kemas, teliti dan kreatif dalam cerpen wajar dipuji. Karya-karya beliau pernah menang Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP, Peraduan Menulis Cerpen Pelbagai Kaum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia.

Cerpen yang akan dibincangkan di sini berjudul “Dalam Perut Jerung Raksasa” yang tersiar di majalah Dewan Sastera (Mei 1997), sebelum dimuatkan dalam buku Keinginan Kecil di Celah Daun (2003).

 

<
Secara ringkas, kisahnya mengenai Selvi (30 tahun) yang risau memikirkan adik lelaki tunggalnya, Saravanan (15 tahun), yang sudah seminggu tidak pulang ke rumah. Si ibu, seorang balu, pula sedang resah menunggu.

Pada lapis permukaan, cerpen ini mengkritik “anak-anak muda yang begitu gian untuk menonton filem Tamil”. Malah, amalan menonton filem baharu “sudah menjadi tradisi masyarakat India”. Penonton di pawagam pula digambarkan “seperti boneka yang bernyawa”.

Tiba-tiba, muncul seorang wanita tua bersari putih dan berkulit cerah; wajahnya “berkedut seribu” dan terpancar “sekuntum senyuman raja” (senyum yang dibuat-buat). Nenek misteri itu – yang langsung tidak dikenali oleh Selvi – tahu segala hal mengenai Saravanan.

Misalnya: “Adikmu itu ketagih filem. Setiap hari dia mesti menonton sekurang-kurangnya satu filem Tamil. Dan satu-satu filem itu ditontonnya dua tiga kali bukan? … Dan banyak kali juga dia mencuri menonton filem lucah bersama-sama kawan-kawannya bukan?”

Wanita tua misteri, bersari putih, berkulit cerah dan wajah berkedut seribu itu juga memberitahu Selvi: “Sudah lama mak cik kenal dia [Saravanan]. Sudah terlalu lama. … Dia tidak pernah mendengar suara halusku.”

Tentu sahaja kita akan tertanya-tanya siapakah nenek itu. Selvi juga memikirkan perkara sama, lalu bertanya kemungkinan wanita tua itu seorang tukang tilik.

<

“Tidak! Jangan menuduh aku begitu. Sekali-kali tidak akan aku langgar hukum alam. Aku bergerak bersama masa. Aku tidak mendahului masa yang ditetapkan oleh Yang Esa.” Demikian nenek misteri itu memberikan jawapan yang tidak menjawab soalan.

Kata-kata “Aku bergerak bersama masa” dan “Aku tidak mendahului masa yang ditetapkan oleh Yang Esa” membuktikan wanita tua itu bukan orang biasa. Malah, pembaca yang teliti akan menyedari kehadiran unsur-unsur ajaran Kristian yang diselitkan secara amat halus dan kreatif.

Selvi mula menyedari bahawa tenaga fizikal yang dimiliki oleh warga emas itu adalah luar biasa; iaitu semasa wanita tua itu menolak kedua-dua tangan Selvi yang menyembah memohon bantuan untuk mencari dan menyelamatkan Saravanan.

Unsur ajaran Kristian lebih menyerlah selepas itu apabila wanita tua berkenaan bertanya kepada Selvi yang beragama Hindu: “Sanggupkah kau menukar nyawamu dengan nyawanya? … Sanggupkah kau, demi mendapatkan semula adikmu itu?”

Apabila kita membaca cerpen ini sepenuhnya, tidak timbul apa-apa keadaan di mana Selvi terpaksa menyerahkan nyawanya demi menyelamatkan nyawa adiknya, Saravanan.

Digambarkan bagaimana “wajah perempuan tua hilang ditelan kegelapan” selepas menyampaikan amanat penting kepada Selvi: “Tidak ada kasih sayang yang lebih besar daripada mengorbankan nyawa sendiri untuk menyelamatkan orang lain.”

<
Kata-kata itu secara umum akan dilihat sesuai dengan jalan cerita (plot) di mana Selvi mahu menyelamatkan Saravanan yang terlalu ketagih menonton filem Tamil di pawagam dan filem lucah bersama kawan-kawan.

Akan tetapi, hanya pembaca yang benar-benar teliti dan prihatin akan menyedari bahawa dialog yang diucapkan oleh wanita tua misteri, berkulit cerah dan bersari putih itu merupakan petikan kitab agama Kristian.

“Tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang mengorbankan nyawanya untuk sahabatnya.” – Yohanes 15:13 (Alkitab Versi Borneo)

“Jika seseorang mati bagi sahabat-sahabatnya, hal itu menunjukkan bahawa dia orang yang paling mengasihi mereka.” – Yohanes 15:13 (Alkitab Berita Baik  Versi Indonesia)

Tidak mustahil, wanita misteri itu yang tahu segala hal mengenai Saravanan ialah Roh Kudus (Holy Spirit) yang hadir untuk menyampaikan dakwah serta menyelamatkan Saravanan dan kaum India yang hidup “seperti boneka yang bernyawa”.

Saroja Theavy Balakrishnan sebagai seorang penganut Kristian tentu menyedari perkara ini. Keberanian dan kesungguhan beliau menyampaikan mesej seperti ini secara simbolik dan kreatif dalam sebuah cerpen Bahasa Malaysia adalah selaras harapan dan cadangan Allahyarham Ismail Hussein pada tahun 1982.

*** Gambar ehsan T RR di Unsplash

Ingin siarkan cerpen, puisi atau esei anda bersama kami? Hantarkan saja kepada editors@eksentrika.com. Baca yang ini pula.

Sasterawan Kavyan Yang Hilang – Bahagian 1

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: Saroja Theavy Balakrishnan

Contribute Your Writings

We accept short stories, poems, opinion pieces, essays, and features on a complimentary basis.

Submit Here

Write Short Stories

Other Stories You May Like

The Legend Of Mahsuri Comes To Life Through Liver & Lung’s Vivid Film

Ista

Here Are The Ads That Perfectly Captured The Spirit Of Deepavali

Eksentrika

Celebrate Yasmin Ahmad Through These Personal Stories By Those Who Knew Her Intimately

Ista

ESEI | Saya Dan Bidang Penulisan oleh M. Mahendran

M. Mahendran

ESEI | Guru Sementara oleh M. Mahendran

M. Mahendran

How To Embrace A Foreign Culture And Remain True To Your Own?

Sukhbir Cheema

About Eksentrika

Eksentrika is an arts & culture community to get inspired, find and collaborate with artists based in Malaysia and Asia, discover events, and submit short stories and poems.

Quick Links

  • About Us
  • Contact Us
  • Advertise
  • FAQ
  • Help

Join Our Newsletter


All Rights Reserved © 2020 Eksentrika | Web Design by eJeeban Design

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram