Image by Thomas Skirde from Pixabay

Parti-parti politik
sudah tumbuh bagaikan cendawan
pabila ada kemungkaran di suatu pihak
parti politik yang lama akan jadi bahru
dengan nama-nama yang perkasakan
bangsa dan negara
dengan tujuan perbetulkan sistem …
politikus-politikus lama yang sudah diperbahrui
menjanjikan itu dan ini
menghiburkan
hati rakyat
yang sedang lara
di bumi
indah.

Mahendran mula aktif menulis cerpen Bahasa Malaysia dan Bahasa Tamil untuk akhbar dan majalah pada tahun 1987. Karya beliau mendapat pengiktirafan menerusi Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1988, 1991) dan Hadiah Cerpen Pelbagai Kaum DBP ( 2003). Cerpen-cerpen Mahendran termuat di dalam antologi cerpen Menara (1988), Menara 4 (1991), Tanpa Mengira Warna(1993), Vanakam (2002) dan Segugus Aksara Sealur Kasih (2003). Beliau juga pernah menterjemah kumpulan cerpen penulis Tamil veteran M.Ramaiah dan terbit dengan judul Mimpi dan Impian (2013). Karupaya adalah kumpulan cerpen sulung yang memuatkan karya-karya terpilih Mahendran yang diterbitkan pada bulan April 2018. Baca sajak sebelumnya di sini.

SAJAK | Berubahlah oleh M. Mahendran

Ada cerpen, esei, sajak atau puisi? Sila kongsi bersama kami di editors@eksentrika.com