Ujian saringan
khas buat wanita
setahun sekali.

Ujian pap smear
usah malu melakukan
membantu diri
elak penyesalan tidak berbahagi
pembunuh utama kaum wanita
kanser servik yang ditakuti
sebelum kanser mula menapak
merebak
dan maut menyapa.

Ujian pap smear
saringan awal
lindungi diri daripada kanser servik
untuk insan yang menyayangi dan disayangi
penyakit tidak kenal mangsa
usah meletakkan diri di ambang maut.

*** Gambar ehsan Paweł Czerwiński di Unsplash

Ingin siarkan cerpen, puisi atau esei anda bersama kami? Hantarkan saja kepada editors@eksentrika.com. Baca yang ini pula.

SAJAK | Arah oleh Ramakrishnan Ramasamy

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.