• Home

    Home


  • Articles

    Articles


  • Happenings

    Happenings


  • Eksentriks

    Eksentriks


  • Community

    Community

  • Home
  • Articles  ▾
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Happenings
  • Artist Registry
  • Community
  • Contributors

  • Submit Post
  • Submit Event
  • Contact Us

  • What is Eksentrika?
  • Advertise with Eksentrika
  • FAQ
  • Help
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Home
  • Articles
  • Happenings
  • Artist Registry
  • Community
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
MEGHA DUTA – BAHAGIAN 3 OLEH: UTHAYA SANKAR SB
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

MEGHA DUTA – BAHAGIAN 3 OLEH: UTHAYA SANKAR SB

Share this article via


Kalidasa menggubah puisi Megha Duta dalam dua bahagian. Bahagian pertama yang terdiri daripada 66 sloka (rangkap atau stanza) diberikan judul Poorvamegha, manakala bahagian kedua yang terdiri daripada 55 sloka dinamakan Uttaramegha.

Secara ringkas, bahagian Poorvamegha menceritakan mengenai laluan yang perlu diambil oleh gumpalan awan untuk tiba di bandar mistik Alaka di Gunung Kailasa.

image credit
image credit Dr. Om Joshi.com

Manakala, bahagian Uttaramegha menghuraikan tentang apa yang perlu dilakukan oleh gumpalan awan berkenaan setelah tiba di Alaka.

Lima sloka terawal dalam Poorvamegha menceritakan kisah yaksa yang memujuk segumpal awan menjadi orang utusan (duta). Huraian rangkap demi rangkap puisi Sanskrit ini akan memudahkan kita memahami kisah yang disampaikan oleh Kalidasa.

Sloka 1 – Watak utama dalam puisi ini adalah yaksa, iaitu makhluk mitos separuh manusia dan separuh dewa. Yaksa leka dan melakukan kesilapan semasa menjalankan tugas yang diamanahkan ketuanya, Kubera.

kubera
Lukisan Lord Kubera dari abad 1820an dari Trichinopoly, India. image credit: Victoria and Albert Museum, London

Natijahnya, yaksa dijatuhi hukuman buang daerah selama setahun dari Alaka. Segala kuasa mistik yang dimiliki segera ditarik balik. Dia diarahkan tinggal sendirian di Bukit Ramagiri.

Untuk makluman, kawasan Ramagiri kini dikenali sebagai Ramtek, dan terletak di daerah Nagpur, Maharashtra, India. Dalam puisi Megha Duta, kawasan ini digambarkan dipenuhi pohon-pohon rendang.

Sungai yang mengalir di sekitar kawasan ini berair jernih. Apa yang menarik, Kalidasa turut mencatatkan dalam puisinya bahawa Sita (isteri Rama dalam Ramayana) pernah mandi di sana.

ramtek-am
Ramtek masa kini di Maharashtra, India. image credit Amazing Maharashtra.com

Berbalik kepada kisah yaksa tanpa nama yang dihukum buang daerah oleh Kubera, dia merasakan penderitaan yang lebih besar kerana terpaksa berpisah dengan isterinya, yaksi.

Sloka 2 – Hukuman buang daerah dan hidup sendirian tanpa isteri tersayang menyebabkan batin yaksa menderita. Selepas lapan bulan, kesan penderitaan kelihatan secara fizikal. Misalnya, berat badan mula menurun dan tangannya menjadi amat kurus. Gelang emas yang dipakai pada pergelangan tangan juga sudah mudah tertanggal!

Kisah ini berlaku pada bulan Ashadha (kalendar Nepal) atau bulan Adi (kalendar Tamil), iaitu sekitar bulan Jun-Julai dalam kalendar yang menjadi rujukan umum pada masa kini.

Pada masa itu, yaksa ternampak satu gumpalan awan besar di sisi sebuah bukit. Gambaran yang diberikan adalah umpama seekor gajah sedang menggeselkan badan pada sebatang pokok. (Bersambung pada 28 Oktober 2016)

Megha Duta adalah puisi epik Sanskrit oleh penulis India abad ke4, Kalidasa. Bahagian karya puisi ini, yang diulas oleh Uthaya Sankar SB, boleh dibaca di Eksentrika setiap hari Jumaat. Adakah anda mempunyai cerpen atau puisi? Hantarkan emel kepada editors@eksentrika.com 

Tags: Uthaya Sankar SB

Contribute Your Writings

We accept short stories, poems, opinion pieces, essays, and features on a complimentary basis.

Submit Here

Write Short Stories

Other Stories You May Like

Meet The Photographer Who Is Changing Fashion Narratives On Women

Sukhbir Cheema

ESSAY | Hakka Mian by Shalini Jay

Shalini Jay

The Legend Of Mahsuri Comes To Life Through Liver & Lung’s Vivid Film

Ista

Here Are The Ads That Perfectly Captured The Spirit Of Deepavali

Eksentrika

Celebrate Yasmin Ahmad Through These Personal Stories By Those Who Knew Her Intimately

Ista

ESEI | Saya Dan Bidang Penulisan oleh M. Mahendran

M. Mahendran

About Eksentrika

Eksentrika is an arts & culture community to get inspired, find and collaborate with artists based in Malaysia and Asia, discover events, and submit short stories and poems.

Quick Links

  • About Us
  • Contact Us
  • Advertise
  • FAQ
  • Help

Join Our Newsletter


All Rights Reserved © 2020 Eksentrika | Web Design by eJeeban Design

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram