• Home

    Home


  • Articles

    Articles


  • Happenings

    Happenings


  • Eksentriks

    Eksentriks


  • Community

    Community

  • Home
  • Articles  ▾
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Happenings
  • Artist Registry
  • Community
  • Contributors

  • Submit Post
  • Submit Event
  • Contact Us

  • What is Eksentrika?
  • Advertise with Eksentrika
  • FAQ
  • Help
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Home
  • Articles
  • Happenings
  • Artist Registry
  • Community
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 7
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 7

Share this article via


Sila baca dari Bahagian 1 terlebih dahulu. 

Nathesan Selappan @ S. Nathesan tinggal di Muar, Johor. Beliau tamat pengajian ijazah sarjana muda (linguistik), sarjana (sosiolinguistik) dan kedoktoran (semantik) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM). Tesis ijazah sarjana beliau berjudul Laras Bahasa: Satu Analisis Terhadap Buku Teks Sekolah Menengah Rendah (1992), manakala tesis ijazah kedoktoran berjudul Istilah Sains dalam Bahasa Melayu: Aspek Pengupayaannya (2002).

Beliau yang merupakan Munsyi Dewan sudah menulis sekitar 15 buku berkaitan bahasa Melayu dan esei-esei beliau sering disiarkan di majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa. Antara buku beliau terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah Beberapa Persoalan Penggunaan Bahasa Melayu dan Penyelesaiannya (1994), Laras Bahasa Ilmiah (1995), Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu (1999), Makna dalam Bahasa Melayu (2001), Kata Bersinonim dalam Bahasa Melayu (2004), Etimologi Bahasa Melayu (2015), Ranah Perkataan (2016), dan Kata
Pinjaman Terpilih dalam Bahasa Melayu (2018).

Saya sempat berbual dengan Nathesan Selappan di DBP pada 26 Februari 2019 untuk mengenali beliau secara lebih dekat. Menurutnya, sudah hampir 40 tahun beliau terlibat dalam hal-hal berkaitan kajian dan penulisan bahasa Melayu.

Antara tulisan awal beliau adalah rencana bertajuk “Sebutan Riau Johor Tidak Meluas” (Berita Harian, 16 Disember 1987). Tulisan Nathesan Selappan selalu mendapat tempat di akhbar News Straits Times, The Star, The Sun, Utusan Borneo, Sabah Times, Berita Harian, dan Utusan Malaysia.

Salah satu rencana awal beliau di majalah adalah “Penggunaan Ungkapan ‘di mana’ Dalam Bahasa Malaysia” (Dewan Bahasa, November 1988). Sejak itu, beliau amat prolifik dan tulisannya sering tersiar di majalah Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, dan Jurnal Dewan Bahasa.

Hasil semakan mendapati, dari Januari 2001 hingga Januari 2019 sahaja, sekitar 300 rencana beliau tersiar di ketiga-tiga majalah berkenaan. Rencana terbaharu berjudul “Ilmu Sosiolinguistik: Hubungan Antara Bahasa Dengan Masyarakat” (Dewan Bahasa, Julai 2019).

Nathesan Selappan mengaku tidak menulis karya kreatif kerana beliau tidak ada kecenderungan dan bakat terhadap kesusasteraan. Oleh itu, beliau tidak cuba untuk menulis karya sastera. Katanya: “Saya kira saya sudah begitu mendalami hal-hal kebahasaan sehingga susah untuk beralih kepada sastera, suatu bidang yang sama sekali berlainan.”

Sebenarnya, Nathesan Selappan berminat untuk mengkaji karya sastera dari sudut bahasa. Pernah beberapa kajian beliau meneliti aspek bahasa, seperti semantik dan leksis dalam karya sastera. Beliau juga selalu berkongsi maklumat mengenai asal-usul pelbagai perkara untuk manfaat pembaca.

Nathesan Selappan berpendapat bahawa kesusasteraan merupakan satu genre yang tersendiri dengan ciri-ciri khusus yang perlu dikuasai oleh seorang penulis yang ingin menceburi bidang tersebut.

Beliau bimbang tidak akan berjaya menghasilkan karya kreatif walaupun jika mencuba. Katanya: “Minda saya minda bahasa. Saya melihat semua perkara dari sudut bahasa; termasuk karya sastera.”

Walaupun tidak menghasilkan karya sastera atau terlibat dalam terjemahan karya sastera seperti sajak, cerpen dan novel, Nathesan Selappan tetap merupakan salah seorang penulis kaum India yang penting kerana aktif dan prolifik sejak tahun 1980-an.

Beliau juga terus rajin menulis sehingga kini dan mampu memberi saingan positif kepada generasi baharu penulis kaum India yang menceburi bidang bahasa, linguistik dan Sastera Kebangsaan.

Baca Bahagian 8. 

Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 8

 

Tags: S. Nathesan, Uthaya Sankar SB

Contribute Your Writings

We accept short stories, poems, opinion pieces, essays, and features on a complimentary basis.

Submit Here

Write Short Stories

Other Stories You May Like

The Legend Of Mahsuri Comes To Life Through Liver & Lung’s Vivid Film

Ista

Here Are The Ads That Perfectly Captured The Spirit Of Deepavali

Eksentrika

Celebrate Yasmin Ahmad Through These Personal Stories By Those Who Knew Her Intimately

Ista

ESEI | Saya Dan Bidang Penulisan oleh M. Mahendran

M. Mahendran

ESEI | Guru Sementara oleh M. Mahendran

M. Mahendran

How To Embrace A Foreign Culture And Remain True To Your Own?

Sukhbir Cheema

About Eksentrika

Eksentrika is an arts & culture community to get inspired, find and collaborate with artists based in Malaysia and Asia, discover events, and submit short stories and poems.

Quick Links

  • About Us
  • Contact Us
  • Advertise
  • FAQ
  • Help

Join Our Newsletter


All Rights Reserved © 2020 Eksentrika | Web Design by eJeeban Design

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram