• Home

    Home


  • Articles

    Articles


  • Happenings

    Happenings


  • Eksentriks

    Eksentriks


  • Community

    Community

  • Home
  • Articles  ▾
    • Arts
    • Culture
    • Films
    • Literature
    • Music
    • Performing Arts
    • Photography
    • Poems
    • Stories
  • Happenings
  • Artist Registry
  • Community
  • Contributors

  • Submit Post
  • Submit Event
  • Contact Us

  • What is Eksentrika?
  • Advertise with Eksentrika
  • FAQ
  • Help
  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram
  • Home
  • Articles
  • Happenings
  • Artist Registry
  • Community
Arts & Culture Malaysia | Eksentrika
Eksentrika Login
CERPEN | Sayap Emas Isteri Ketiga oleh Uthaya Sankar SB
Uthaya Sankar SB

Written by Uthaya Sankar SB

CERPEN | Sayap Emas Isteri Ketiga oleh Uthaya Sankar SB

Share this article via


Cathy memahami, menyedari, mengakui, serta memperakukan hakikat kelahirannya. Atma ditiupkan ke dalam tubuhnya untuk dia lahir di bumi sebagai manusia, semata-mata untuk menjadi isteri ketiga.

Cathy hanya akan mencapai moksha atau nirwana apabila berjaya dilamar dan seterusnya menjadi isteri ketiga. Fakta dan hakikat itu sudah ditanam dalam minda sejak dia masih belum pandai merangkak.

Setiap hari — pagi, petang, siang, malam — ibu membisikkan tuntutan budaya ke telinga. Kalau Cathy gagal menjadi isteri ketiga, maka ibu bapa akan masuk neraka.

Demikian Cathy diajar oleh ibu. Oleh ayah yang hanya beristeri dua. Oleh guru-guru di sekolah. Oleh tok-tok sami di rumah ibadat. Oleh masyarakat yang mengamalkan budaya itu sejak zaman-berzaman.

Pada usia 18 tahun, sebaik layak mengundi, Cathy sepatutnya sudah mencapai kesempurnaan dalam hidup. Sepatutnya sudah dilamar menjadi isteri ketiga oleh sesiapa. Sesiapa sahaja; asalkan sebagai isteri ketiga.

Namun begitu, ternyata bukan mudah untuk menjadi isteri ketiga. Isteri pertama dan kedua adalah terlalu lumrah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Malah, dalam kultusnya, menjadi isteri pertama dan/atau kedua adalah suatu penghinaan besar kepada kaum wanita.

“Tujuan seorang wanita dilahirkan adalah untuk menjadi isteri ketiga. Bukan pertama, bukan kedua. Keempat adalah diharamkan dan sah masuk neraka.”

Demikian tercatat dalam kitab. Pengarangnya entah siapa. Sebagai sebuah kultus yang bergerak bawah tanah, tidak banyak hal diketahui, dikaji atau dicatat dan disimpan di perpustakaan digital.

Maka, apa-apa yang dikatakan oleh tok-tok sami akan diterima — malah wajib diterima — sebagai panduan hidup. Ini bukan manifesto pilihan raya yang boleh diabaikan dan diberi seribu lapan alasan untuk tidak dilaksanakan.

Bagi golongan wanita seperti Cathy, hanya satu matlamat hidup yang perlu dipenuhi: Menjadi isteri ketiga.

Cathy bukan tidak pernah berusaha. Ibu bapanya bukan tidak pernah mencuba. Sejak Cathy berumur tujuh tahun, misi mencari suami sudah dimulakan. Puluhan lamaran terpaksa ditolak kerana lelaki terbabit hanya mencari isteri pertama dan kedua.

Cathy mahu menjadi isteri ketiga. Dengan menjadi isteri ketiga, dia boleh mencapai nirwana tanpa melalui sebarang hukuman di neraka. Apabila dia mati nanti (sebagai isteri ketiga), mayatnya akan dimasukkan ke dalam keranda kaca. Atma akan diangkat naik ke kayangan dan dipakaikan sayap emas. Dia akan terlepas daripada api neraka bagi tujuh kelahiran.

Akan tetapi, ternyata bukan mudah untuk memenuhi tuntutan tok-tok sami dalam kultus ini. Memang ada dalam kalangan tok-tok sami itu sendiri mengajaknya mengadakan hubungan intim. Cathy menolak secara penuh sopan.

Cathy tidak mahu menanggung sebarang risiko. Bagaimana kalau tok sami mencabut kondom semasa bersanggama? Masakan Cathy boleh membuat laporan polis! Nanti tular pula di media sosial dan merosakkan nama kultus.

Pernah juga seorang rakan yang baru dikenali di rumah ibadat mengajaknya bermadu. Katanya, dia sedang mengandung kali kelapan dan perlu ada “pemain simpanan” untuk melayan nafsu serakah si suami — sebelum haruan makan anak.

“Kami mahu juga mencuba aksi bertiga seperti yang selalu dilihat dalam video yang dikongsi dalam WhatsApp group kultus kita. Jomlah kita bermadu!”

Cathy terpaksa menolak. Bukan kerana tidak mahu mencuba hubungan intim bertiga. Malah, sudah dicuba dengan rakan-rakan sejak remaja. Sebaliknya, Cathy terpaksa menolak kerana dia tidak rela menjadi isteri kedua.

Kelmarin, semasa bermabuk-mabuk di pesta seks sambil berkongsi jarum suntikan dengan rakan-rakan sekultus, Cathy bertemu Naggy, seorang bekas tok sami.

“Aku dulu masuk satu kultus untuk merebut peluang melawat negara-negara Eropah secara percuma sambil menyebarkan ajaran dan meniduri wanita-wanita di sana. Kemudian, apabila pulang, aku masuk kultus lain untuk menjamah wanita-wanita pribumi pula.”

Rakan-rakan sekultus — khususnya lelaki — teruja mendengar cerita Naggy. Tidak kurang yang cemburu kerana Naggy berpeluang bertukar pasangan atas nama menyebarkan ajaran kultus.

Naggy sudah ada tiga isteri. Kalau tidak, Cathy pasti menerima lamarannya. Nanti, bolehlah mereka sama-sama menyebarkan ajaran kultus ini merata-rata.

Namun, Cathy tetap ingat pesan ibu. Dia mahu menjadi isteri ketiga supaya mayatnya nanti dimasukkan ke dalam keranda kaca, atma diangkat ke kayangan dan dipakaikan sayap emas, serta dia terlepas daripada api neraka bagi tujuh kelahiran.

Semalam, Cathy bertemu seorang lelaki yang mengaku keturunan sura. Selepas pesta kultus, mereka pulang ke apartmen untuk meneruskan pesta sendiri hingga ayam jantan berkokok.

Menurut lelaki itu (Cathy belum sempat bertanya nama), sekitar enam bulan lalu, dia berkahwin dengan seorang wanita luar kultus yang amat alim. Minggu lepas, isteri ketiga itu melahirkan bayi yang comel. Lelaki keturunan sura terus menceraikannya tanpa perlu ujian DNA.

“Aku mahu menjadikan engkau isteri ketiga,” bisiknya sebelum mendatangi Cathy dari belakang bagi kali yang entah keberapa.

Hanya sewaktu bersarapan tadi, Cathy menyedari lelaki itu makan timun. Cathy terus termuntah dan melarikan diri. Dia tidak mahu bertemu lelaki itu lagi — dan tidak mahu ambil tahu nama dan keturunannya.

Mana mungkin Cathy melanggar ajaran kultus dan menjadi isteri ketiga kepada lelaki yang makan timun? Nanti dia tidak akan diangkat ke kayangan dan diberi sepasang sayap emas. Cathy mahu menjadi pengikut kultus yang setia dan beriman.

*** Gambar ehsan Shreyas Malavalli di Unsplash

Ingin siarkan cerpen, puisi atau esei anda bersama kami? Hantarkan saja kepada editors@eksentrika.com. Baca yang ini pula.

CERPEN | Aku nampak Allah oleh Xeva Spaite

Ini adalah bacaan yang menyeronokkan. Saya mahu lebih banyak kandungan seperti ini dalam emel saya.


Tags: Shreyas Malavalli, Uthaya Sankar SB

Contribute Your Writings

We accept short stories, poems, opinion pieces, essays, and features on a complimentary basis.

Submit Here

Write Short Stories

Other Stories You May Like

20 Teenagers Share Their Pandemic Stories In Brigitte Rozario’s Anthology

Sukhbir Cheema

Submit Your Short Stories And Poems To These Asian Literary Journals

Sukhbir Cheema

Lawyer Gives Birth To Triplets While Undertaking PhD. Publishes A Book About It.

Sukhbir Cheema

Malaysian Independent Publishers And Bookstores You MUST Support

Suet Fun

The Reason MPH Is Closing Down Its Bookstores Is Not What You Think It Is

Risal Pena Catalina

You Need To Know These Award Winning Malaysian Children’s Book Illustrators

Eksentrika

About Eksentrika

Eksentrika is an arts & culture community to get inspired, find and collaborate with artists based in Malaysia and Asia, discover events, and submit short stories and poems.

Quick Links

  • About Us
  • Contact Us
  • Advertise
  • FAQ
  • Help

Join Our Newsletter


All Rights Reserved © 2020 Eksentrika | Web Design by eJeeban Design

  • Eksentrika Facebook
  • Eksentrika Instagram
  • Eksentrika Twitter
  • Eksentrika Linkedin
  • Eksentrika Telegram