Author: Xeva Spaite

CERPEN | Lari oleh Xeva Spaite

Entah mengapa mimpi gagal disambung sejak terbangun pada pukul tiga pagi tadi untuk mengesat air liur basi Amit yang meleleh di bahu. Berpusing ke kiri, berlaga hidung dengan Bahadur pula. Lantas kaki dibawa ke ruang tamu, Chin dan teman-teman kelihatan sudah terbongkang di sana. Kugosok dada perlahan. Kepala tergeleng sendiri tanpa pengertian kenapa aku berdebar. Lampu menyala terang di dapur. Rafi sudah bangun untuk kerja sambilannya. Pada waktu pagi dia akan berniaga sirih di sekitar Kota Raya, kemudian terus bekerja di sebuah kedai makan di kawasan Chow Kit yang baru dibangunkan. Aku mencapai tuala biru yang sudah kehitaman dan...

Read More

CERPEN | Aku nampak Allah oleh Xeva Spaite

Photo by Pretty Drugthings on Unsplash Cinta? Apa yang kau tahu tentang cinta? Tiada yang lebih tahu tentang cinta melainkan aku, Allah dan habib. Jangan kau temberang kau tahu semuanya tentang cinta. Jangan. Jangan temberang! Kenapa aku yakin aku lebih tahu? Hahahahaha! Bodoh! Kau semua memang dungu. Buta hati dan buta mata. Aku yakin aku lebih tahu kerana Allah dan cintaNya sendiri pernah menjelma di hadapanku. Habib yang mengajarkannya kerana aku wanita istimewa. Penghulu wanita syurga, katanya. Setanding dengan Fatimah RA. Ketaatanku kepada habib menjadikan Allah sangat sayang padaku. Kalau lelaki lain bilang, aku tidak percaya, tetapi habib tidak pernah berbohong. Habib...

Read More

Support Creatives

Turn off your ad-blocker