Kaum India dan Sastera Kebangsaan — Bahagian 12
Sila baca dari Bahagian 1 terlebih dahulu. Ada beberapa lagi penulis kaum India yang muncul dalam peta penulisan Bahasa Malaysia, tetapi kemudian hilang — sama ada tidak dapat dikesan, atau sudah tidak lagi menghasilkan karya. Kathirasan Doraisamy lahir di Batu Caves, Selangor pada tahun 1963. Beliau belajar di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya sebelum menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi, Klang dan Sekolah Menengah Lok Yuk, Kota Kinabalu. Beliau mula menulis pada tahun 1988, semasa berada di tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda. Cerpen tunggal tulisannya yang berjudul “Kampung di Bandar” menang hadiah dalam Sayembara Cerpen Inter...
Read More