PENDAPAT | Penulis Paling Dibenci

Saya sering ditanya mengapa saya menulis esei, cerpen dan novel menggunakan Bahasa Malaysia, sedangkan kebanyakan hasil tulisan saya mengangkat nilai budaya dan kehidupan watak-watak kaum India. Pertanyaan ini datang daripada pelbagai pihak. Misalnya, seorang penolong editor sebuah majalah pernah membuat tuduhan kononnya saya sengaja menulis cerpen Bahasa Malaysia dalam usaha menyebarkan unsur agama Hindu kepada khalayak pembaca Melayu. Di sisi yang lain pula, pencinta dan “pejuang” Bahasa Tamil mempersoalkan keperluan saya menulis mengenai aspek budaya orang Tamil dalam “bahasa asing”. Kononnya, jika saya mahu mendidik pembaca kaum India mengenai budaya India, maka saya sepatutnya menulis dalam Bahasa Tamil. Selain...

Read More