Author: Uthaya Sankar SB

Megha Duta | Bahagian 22 oleh Uthaya Sankar SB

Kredit gambar: webneel.com Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Dalam sajak klasik Megha Duta karya Kalidasa, watak yaksa yang berada dalam pembuangan di Bukit Ramagiri bercadang menghantar segumpalan awan sebagai utusan untuk menyampaikan perkhabaran kepada isterinya, yaksi, yang masih berada di Alaka. Bermula Sloka 22 di bahagian Uttaramegha, yaksa bermonolog mengenai rupa paras dan situasi mental yaksi yang keseorangan. Sloka 20 – Wahai awan yang mahir! Engkau boleh mengenal pasti rumah kediaman aku menerusi segala gambaran yang sudah aku berikan. Simpanlah segala maklumat ini dalam hati. Rumah aku mempunyai lukisan kulit sangkakala dan bunga teratai pada pintu. Rumah itu tentu...

Read More

SASTERAWAN KAVYAN – BAHAGIAN 2

Image credit: Star2 Baca Bahagian 1 di sini. Dalam majalah Dewan Sastera keluaran April 2017, penulis esei berkenaan, Raja Rajeswari Seetha Raman, dan editor, Fadli Al-Akiti mengemukakan hujah yang secara terang-terangan tidak menggambarkan realiti yang wujud dalam kalangan penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia, Tamil dan Inggeris. Menurut Raja Rajeswari: “Mungkin setakat ini, tidak ada percubaan daripada pihak yang bertanggungjawab ataupun kerajaan untuk mencari titik pertemuan antara ketiga-tiga kumpulan besar penulis India ini mencari jalan tengah untuk bertemu dan berkongsi pandangan.” Penulis esei ini sebenarnya pernah menjadi ahli Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Tetapi keahliannya dilucutkan pada Julai...

Read More

Megha Duta – Bahagian 21 | Oleh Uthaya Sankar SB

 Tasik Tambon Chiang Haeo di Thailand. Gambar kredit: Atlas Obscura   Baca bahagian-bahagian sebelumnya di sini. Alaka terletak di Kailasa, iaitu tempat yang dihuni Dewa Shiva dalam mitos Hindu. Kalidasa memberikan gambaran terperinci mengenai bandar mistik ini menerusi sajak klasik Megha Duta. Turut diceritakan tentang rumah milik yaksa, iaitu watak pencerita yang sedang bermonolog. Sloka 14 – Manmatha yang merupakan Dewa Cinta sering membawa busur istimewa di mana talinya terdiri daripada lebah. Dialah yang menjadi agen bagi memutikkan cinta antara pasangan muda. Bagaimanapun, Manmatha tidak berani membawa busurnya ke Alaka kerana Dewa Shiva ada di sana. Dewa Shiva merupakan...

Read More

Sasterawan Kavyan – Bahagian 1

Jumlah penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia memang tidak ramai. Walau bagaimanapun, sumbangan golongan ini terhadap perkembangan bidang penulisan di Malaysia masih amat penting, signifikan, dan wajar diiktiraf. Semasa Diskusi Sastera Kavyan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 10 Julai 2004, istilah “Sasterawan Kavyan” diperkenalkan untuk merujuk scara khusus kepada penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Pengkaji sastera dan penulisan Bahasa Malaysia biasanya menamakan Nagalingam sebagai penulis kaum India yang paling awal menulis karya Bahasa Malaysia (bahasa Melayu), iaitu pada tahun 1932. Bagaimanapun, hakikat yang sering dilupai adalah bahawa Munshi Abdullah (Abdullah Abdul Kadir...

Read More

Megha Duta – Bahagian 20 | Oleh Uthaya Sankar SB

Kredit gambar: Denise Weaver Ross Baca bahagian-bahagian sebelumnya di sini. Watak yaksa memberikan gambaran amat terperinci mengenai penduduk dan suasana di Alaka kepada gumpalan awan yang mahu dihantar sebagai utusan kepada isterinya. Sloka 9 – Katil-katil dalam rumah agam di kawasan ini dipasang kelambu. Pada tali kelambu itu digantung batu-batu chandrakanta yang juga digelar “batu bulan”. Dalam tamadun India, Roman dan Greek, chandrakanta dipercayai terhasil daripada pancaran cahaya bulan. Pada waktu tengah malam, apabila engkau, wahai awan, bergerak menjauhi bulan, maka pancaran cahaya bulan akan menimpa batu-batu chandrakanta dan membuatkannya mengeluarkan titisan air. Titisan air itu amat mujarab apabila...

Read More

Support Creatives

Turn off your ad-blocker