Author: M. Mahendran

ESEI | Hiburan Di Rumah Bahagian 2 oleh M. Mahendran

Televisyen diperkenalkan di Malaysia pada Disember tahun 1963. Pada masa itu orang berada sahaja yang mampu memiliki peti TV. TV hitam putih pada ketika itu membawa satu arus perubahan baharu di negara kita. Oleh kerana saya dilahirkan selepas lima tahun  TV berada di Malaysia dan di rumah kami pula tidak ada TV ketika itu, saya seperti  ketinggalan di era itu. Hiburan saya dan sekeluarga di rumah ketika itu adalah cuma radio dan pemain kaset sahaja. Saya amat sedih kerana rumah kami tidak ada TV. Saya tahu bapa tidak mampu membeli TV dengan gaji kecil daripada pendapatannya sebagai kerani di...

Read More

ESEI | Hiburan Di Rumah Bahagian 1 oleh M. Mahendran

Pada awal tahun 70an kebanyakan penduduk di Bentong sudah pun memiliki radio. Seingat saya, saya mendengar bunyi radio berkumandang di kebanyakan rumah-rumah jiran yang bertaburan di Jalan Chammang. Cuma saya tidak mengetahui jenis-jenis radio yang mereka miliki ketika itu. Di rumah,  kami sudah memiliki radio jenis Philips kecil berwarna biru yang beroperasi menggunakan tiga biji bateri. Sebelum itu, kami juga memiliki alat perakam suara menggunakan pita ‘reel to reel’ jenis mudah alih menggunakan, kemudian pakcik saya memberi sebuah alat perakam  menggunakan kaset pula.  Kesemuanya  berjenama Philips. Kebanyakan lagu-lagu Tamil tahun 40an hingga 60an bapa mendengar menggunakan alat perakam ‘reel...

Read More

ESEI | Kaki Wayang Bahagian 2 oleh M. Mahendran

Sepertimana menonton filem bersama keluarga berterusan, begitu juga menonton filem secara bersendirian juga berterusan. Ada yang dengan pengetahuan ibu bapa dan ada juga tanpa pengetahuan mereka. Kebanyakan filem-filem yang ditonton berseorangan adalah filem-filem Melayu, Inggeris dan Hong Kong. Menonton filem secara bersendirian sudah bermula sejak umur saya yang ke 11 (1979). Filem pertama yang ditonton ketika itu, jika tidak silap adalah filem Esok Masih Ada. Filem yang dilakun dan diarah oleh Allahyarham Jins Shamsudin. Beliau yang dikenali sebagai James Bond Malaysia pada hujung tahun 60an memang seorang pelakun yang kacak lagi handal. Memang bagus filem itu. Kisah seorang Inspektor...

Read More

ESEI | Kaki Wayang Bahagian 1 oleh M. Mahendran

Saya tidak tahu filem pertama apa yang saya tonton di pawagam.  Sudah pasti sejak bayi lagi saya telah ke pawagam dan pasti ia adalah sebuah filem Tamil sekitar tahun 1969. Mungkin sebuah filem warna ataupun hitam putih. Mungkin juga sebuah filem yang dibintangi oleh Sivaji Ganesan, sebab bapa saya adalah peminat setia Sivaji Ganesan. Saya sedar sejak awal tahun 70 an banyak filem, kami tonton sekeluarga  di pawagam Lido, Cathay dan Lyceum Bentong. Ada juga filem-filem yang ditonton bersama bapa sahaja. Setiap bulan sebanyak dua buah filem Tamil sahaja ditayangkan  di pawagam Lido dan Cathay.  Jarang-jarang sahaja filem Tamil...

Read More

BINGKISAN | Labis, Johor… Sebuah Kenangan Oleh M. Mahendran

Saya mula sedar yang saya sedang hidup di muka bumi ini pada awal tahun 70an. Walaupun saya dilahirkan pada tahun 1968, saya tidak dapat ingat kehidupan saya sejak dalam kandungan ibu atau saat-saat dilahirkan di muka bumi ini. Mungin kebanyakan orang pun begitu. Imbauan saya  hanya bermula daripada umur dua  sahaja Apa keistimewaan diri ini untuk dilahirkan pada era itu?  Jauh berbeza jika dibandingkan dengan zaman sekarang. Segala-galanya amat berlainan dengan apa yang kita sedang nikmati sekarang. Ibu  dan bapa saya berasal dari Segamat, Johor. Penghijrahan mereka ke Pahang adalah untuk mencari nafkah. Bapa saya bekerja di pejabat NUPW ...

Read More
  • 1
  • 2

Support Creatives

Turn off your ad-blocker