Eksentrik
Mahendran mula aktif menulis cerpen Bahasa Malaysia dan Bahasa Tamil untuk akhbar dan majalah pada tahun 1987. Karya beliau mendapat pengiktirafan menerusi Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1988, 1991) dan Hadiah Cerpen Pelbagai Kaum DBP ( 2003). Cerpen-cerpen Mahendran termuat di dalam antologi cerpen Menara (1988), Menara 4 (1991), Tanpa Mengira Warna(1993), Vanakam (2002) dan Segugus Aksara Sealur Kasih (2003). Beliau juga pernah menterjemah kumpulan cerpen penulis Tamil veteran M.Ramaiah dan terbit dengan judul Mimpi dan Impian (2013). Karupaya adalah kumpulan cerpen sulung yang memuatkan karya-karya terpilih Mahendran yang diterbitkan pada bulan April 2018.