Author: K. Pragalath

ESEI | Pakaian Muslimah: Beriman Atau Munafik? oleh K. Pragalath

Alunan mendayu kedengaran ketika umat Islam mengerjakan solat pada pagi Aidiladha sewaktu penulis menyertai Sesi Penulisan Intensif anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan, baru-baru ini.  Jutaan umat Islam menyambut Eid yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban dengan menjalankan ibadah korban haiwan. Dalam menjalankan ibadah ini, umat Islam juga wajar mengorbankan perkara yang membawa kepada dosa dan kemungkaran.  Perkara tersebut mungkin boleh menjadikan mereka munafik tetapi sudah tentu bukan kafir. Surah Al-Hajj ayat 37 bermaksud: “Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” Beberapa minggu yang lalu, pelakon Nurul Jannah Muner...

Read More

CERPEN | Darah dan Dana oleh K. Pragalath

Pertemuan Chitragupta Abhimanyu dengan pelabur Chesterfield D’ Souza di sebuah restoran lima bintang di hotel Sukhumvit Grande Hotel, Bangkok mesra sekali antara pemuda dari Malaysia dengan pemodal teroka dari Portugal. “Terdapat pola kebangkitan pemimpin berhaluan kanan di Asia. Ini jelas apabila kita melihat kemenangan Trump, Modi dan Duterte,” kata Chitragupta ketika membicarakan trend politik semasa sambil merujuk kepada pemimpin tertinggi Amerika Syarikat, India dan Filipina. “Saya setuju. Perkara ini juga berlaku di Hong Kong tetapi ia ditentang oleh rakyat, mengakibatkan protes selama berminggu-minggu,” kata D’ Souza yang sememangnya arif dengan perkembangan politik di rantau Asia. Kehadiran pelayan restoran menghentikan...

Read More

Subscribe

Connect With Creatives

Turn off your ad-blocker