Author: Anuradha Chelliah

CERPEN | Terapi oleh Anuradha Chelliah

Senyuman terukir. Mata bersinar-sinar. Segala kesedihan hilang begitu sahaja. Segala masalah tidak teringat lagi. Bau minyak wangi sungguh menenangkan. Terasa nyaman. Suara juga memberikan keyakinan. Terasa seperti satu semangat baharu telah mengubah diri. Terasa cergas dan ceria semula. Ahh…indahnya kehidupan ini. Seronok. *** Aku dan Jay baru keluar daripada bilik boss setelah dua jam di soal tentang penghantaran barang yang tidak sampai ke destinasinya. “Apakah yang terjadi? Sudah banyak kali berlaku sebegini. Ini akan merosokkan reputasi syarikat sahaja. Cuba bertanggung jawab sedikit,” nadanya semakin tinggi. “Mmm…nak buat macam mana? Benda sudah berlaku,” hati kecilku bercakap tanpa bersuara. Aku dan...

Read More

CERPEN | Misi MOMO oleh Anuradha Chelliah

Aku masih perhati. Perhati dengan teliti. Kiri dan kanan. Depan dan belakang. Aku sentiasa berhati-hati. Kalau aku ditangkap pun, aku pasti berjaya melepaskan diri. Aku akan terus lari dan lari. Sudah beberapa hari aku perhati. Bahkan sudah beberapa minggu dan bulan aku perhati. Hari ini misi aku akan bermula. Aku akan masuk ke dalam ruang dapur rumah besar berwarna putih itu. Sebelum ini, aku hanya perhati sahaja. Memandang rumah yang bersih, cantik, kemas dan tersergam indah. Kadang-kadang, aku mengintip melalui tingkap. Semuanya cantik dan tersusun rapi di dalam rumah. Memang rajin tuan rumahnya. Tapi, anak-anaknya asyik menghadap telefon bimbit...

Read More

POETRY | Staying Indoors by Anuradha Chelliah

I realised staying indoors is not that bad recuperate, rejuvenate and relax could be done as well I do what I want having all the time for myself and family of course   I had it when it was limited but never realised never used it well never bothered there was rushing and hurrying to catch up on everything to complete everything the rat race   now, I have it again no time is a lot of time … time to be with loved ones the hugs and care time to reflect upon myself the good and the bad...

Read More

ESEI | Sains di Sebalik Ketuk Ketampi (Thoppukaranam) oleh Anuradha Chelliah

Ketuk ketampi kerap kali dilihat sebagai satu isu penderaan dalam kalangan murid-murid sekolah. Media sosial juga memaparkan isu-isu ini. Ketuk ketampi merupakan denda yang paling mudah diberi oleh guru untuk mereka yang melakukan kesalahan atau kesilapan kecil di sekolah seperti tidak menyiapkan kerja rumah, tidak mendengar arahan dan tidak membawa barang yang disuruh untuk pembelajaran di dalam kelas. Apakah ketuk ketampi ini sesuatu yang tidak patut dilakukan? Bagaimanakah ia boleh dilakukan dengan betul? Apakah nikmat melakukan ketuk ketampi? Persoalan ini akan terjawab di dalam esei ini. Ketuk ketampi yang dilakukan sebagai satu hukuman sebenarnya mempunyai manfaat yang baik. Ia...

Read More

CERPEN | Pulang Bersama Teman oleh Anuradha Chelliah

Dia tahu kalau dia pulang, ibunya akan bertanya, “Bila nak kahwin? Umur dah semakin meningkat. Ibu ada beberapa orang calon. Cubalah tengok dan bagi persetujuaan. Kalau kamu berkenaan dengan sesiapa, boleh juga kamu bagi tahu ibu atau ayah. Lagipun, ibu sudah tua. Bolehlah menantu ibu membantu ibu di dapur bila dia senang.” Kahwin, kahwin, kahwin. “Kamu bukannya muda lagi. Sudah ada pekerjaan yang baik. Kereta dan rumah juga sudah dimiliki. Gaji kamu juga sudah cukup untuk kamu mendirikan rumah tangga. Boleh cuba fikirkan untuk mencari teman hidup dan settle in life,” sambung ayahnya pula. Semua itu tidak menghiraukan dia....

Read More
  • 1
  • 2

Support Creatives

Turn off your ad-blocker