Search Results for: uthaya sankar

ESEI | Penulisan Sebagai Terapi oleh Uthaya Sankar SB

Aktiviti penulisan kreatif bukan hanya membantu si penulis menyampaikan cerita, melihat karya tersiar, dan menjadi terkenal. Proses penulisan juga dikatakan boleh memberi manfaat dari sudut kesihatan fizikal dan mental, seperti dihuraikan di Writers Write. Sebenarnya, tidak ada syarat atau peraturan khusus untuk memastikan aktiviti penulisan menjadi bahan terapi kepada si penulis. Apa yang pasti, proses menulis membantu seseorang melakukan penilaian diri, berfikiran kritikal, bersikap empati, lebih kreatif, serta memiliki kesihatan mental yang lebih baik. Dalam catatan bertajuk “Fiction as Therapy”, Elaine Bousfield menghuraikan bagaimana karya fiksyen — penulisan dan pembacaan — boleh dijadikan wahana atau alat perubatan terapeutik bagi...

Read More

CERPEN | Sayap Emas Isteri Ketiga oleh Uthaya Sankar SB

Cathy memahami, menyedari, mengakui, serta memperakukan hakikat kelahirannya. Atma ditiupkan ke dalam tubuhnya untuk dia lahir di bumi sebagai manusia, semata-mata untuk menjadi isteri ketiga. Cathy hanya akan mencapai moksha atau nirwana apabila berjaya dilamar dan seterusnya menjadi isteri ketiga. Fakta dan hakikat itu sudah ditanam dalam minda sejak dia masih belum pandai merangkak. Setiap hari — pagi, petang, siang, malam — ibu membisikkan tuntutan budaya ke telinga. Kalau Cathy gagal menjadi isteri ketiga, maka ibu bapa akan masuk neraka. Demikian Cathy diajar oleh ibu. Oleh ayah yang hanya beristeri dua. Oleh guru-guru di sekolah. Oleh tok-tok sami di...

Read More

PUISI | Pe(r)juang(an) Bahasa III oleh Uthaya Sankar SB

Photo by mkjr_ on Unsplash di atas bahu kita dukung bahasa pertiwi nazak dipijak diinjak diludahi diracuni dicemari kita yang bernama warga dan di sana mereka mengarak keranda menuju pusara yakin bahasa bonda sudah mati dan tidak bererti hanya menanti ditanam disiram ditabur bunga kemboja di simpang jalan kepala lembu diheret merata membaca mantera bahasa bangsa langsung menghalang laluan kita ubati bahasa kembali bernyawa Ada cerpen, esei, sajak atau puisi? Sila kongsi bersama kami...

Read More

Vikramaditya – Bahagian 9 oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Vikramaditya sedang berjalan meredah malam yang gelap. Di bahu raja itu kelihatan sekujur mayat yang dihuni Vetalam. Mayat itu perlu dibawa kepada seorang lelaki alim yang mahu menjalankan yaagam, iaitu suatu upacara pemujaan khas. Setiap kali Vikramaditya bercakap, puntianak itu terbang melayang dan bergayut semula pada dahan pokok besar di tanah perkuburan. “Jangan ikut laluan ini,” kata Vetalam tiba-tiba. “Sekumpulan ahli sihir sedang membuat upacara khas di sana. Mereka mungkin menganggap tuanku mengganggu kerja mereka, lalu melakukan sesuatu yang tidak baik.” Vikramaditya sudah beberapa kali melalui jalan yang sama. Mustahil tiba-tiba ada sekumpulan ahli sihir...

Read More

Vikramaditya – Bahagian 8 oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Cheviraja mendengar penerangan Shekar yang menyamar sebagai seorang pendeta. Raja dan pegawai istana segera pergi ke rumah saudagar yang dikenali dengan nama timangan Penggigit. Mereka terkejut melihat Thamarai yang masih berada dalam keadaan mabuk akibat minum arak. Terdapat calar pada lehernya akibat cakaran menggunakan garpu oleh Kumaran. Cheviraja yakin kesan itu akibat terkena tombak sakti pendeta. “Ternyata Thamarai seorang ahli sihir! Beta menjatuhkan hukuman supaya wanita ini dibotakkan kepala dan dibuang ke dalam hutan!” Demikian keputusan Cheviraja yang masih berduka atas kematian putera tunggalnya. Penggigit cuba merayu tetapi tidak diendahkan oleh Cheviraja. Thamarai pula...

Read More

Support Creatives

Connect With Creatives

Turn off your ad-blocker