Search Results for: cerpen

CERPEN | Aku nampak Allah oleh Xeva Spaite

Photo by Pretty Drugthings on Unsplash Cinta? Apa yang kau tahu tentang cinta? Tiada yang lebih tahu tentang cinta melainkan aku, Allah dan habib. Jangan kau temberang kau tahu semuanya tentang cinta. Jangan. Jangan temberang! Kenapa aku yakin aku lebih tahu? Hahahahaha! Bodoh! Kau semua memang dungu. Buta hati dan buta mata. Aku yakin aku lebih tahu kerana Allah dan cintaNya sendiri pernah menjelma di hadapanku. Habib yang mengajarkannya kerana aku wanita istimewa. Penghulu wanita syurga, katanya. Setanding dengan Fatimah RA. Ketaatanku kepada habib menjadikan Allah sangat sayang padaku. Kalau lelaki lain bilang, aku tidak percaya, tetapi habib tidak pernah berbohong. Habib...

Read More

CERPEN | Perempuan Yang Memakai Pelangi Di Wajahnya oleh Nur Amanina Jabar

Foto Haidee Sabbun dari Unsplash Tap, tap, tap. Jatuhan manik kristal dari awan-gemawan bercerau-cerau menimpa tanah. Manusia di luar bangunan berkejaran mencari atap untuk berteduh. Tetapi tidak Aira, si gadis cantik dengan payung berwarna pelangi. Dia berjalan lenggang di bawah tangisan langit sambil memegang gagang payung dengan kanopinya yang dikatup kemas. Hanya harapan menjadi bumbung kepada senyuman yang masih kering di bibirnya daripada lokos ditelan hujan. Terjongket-jongket dia melangkah dari satu lopak air ke satu lopak air yang terbentuk dek lubang-lubang di asfalt. Dan apabila ada mata-mata yang meneliti setiap perinci lenggoknya, dia menghadiahkan segaris senyuman dan sebaris ayat, “ semoga awak...

Read More

Cerpen | Semangkuk Cendol dan Melayu Twink Pandu Mercedes

  Gambar kredit: Foto lukisan jalanan oleh Pok Jeh Allan  Hari panas terik seperti biasa. Kemilau cahaya mencucuk mata. Haba meruap dan debu berterbangan dihembus angin. Di dalam sebuah kelas sekolah rendah, Darren ralit merenung ke luar kelas. Melalui celahan tingkap dia melihat jalan raya di sebelah sekolahnya itu sibuk dengan kereta dan motosikal yang lalu lalang dan kelibat manusia yang melintas sambil mengelek buku atau menggalas beg. Di bahu jalan, gerombolan pelajar dari kampus universiti berhampiran mengerumuni sebiji kereta sorong. Kereta sorong itu menjual cendol yang sangat sedap pada harga seringgit semangkuk. Mangkuknya berwarna oren dan dari jauh kelihatan...

Read More

CERPEN | Prosa Hidup oleh Bintang Kartika

Kredit gambar: Pinterest seorang bapa tidak tahan mendengar tangisan dan pengaduan anak gadisnya untuk mengadakan pesta selamat tinggal usia muda, pada ulangtahun ke 14, kerana malu kepada kawan-kawan di muka buku, juga kerana terpengaruh dengan sambutan hari lahir pembesar negara dan selebriti dunia di kaca tv tetangga. lalu, melalui berbagai pinjaman tertampal di pohon-pohon kelapa yang ditawarkan, dia berhutang kerana ketidakcukupan wang setelah menggadai cincin emas 9 karat peninggalan pusaka milik isterinya. setelah itu rumahnya di kelilingi lampu lip-lap, bunga-bunga, tarian ravel anak-anak, lagu-lagu ucap selamat ulang tahun berentak hip-hop berbaur keroncong lumayan berkumandang. si ibu menghidangkan nasi, ikan...

Read More

Kavyan Edar Rakaman Audio Baca Cerpen Secara Percuma

Kredit gambar: Uthaya Sankar SB Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said melancarkan rakaman audio lapan buah cerpen karya Uthaya Sankar SB dalam bentuk MP3 pada acara Baca Karya Penulis Malaysia II di Pusat Kebudayaan India, Brickfields, Kuala Lumpur pada 11 Jun 2017. Rakaman audio berkenaan diusahakan oleh Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya dalam usaha mencambahkan minat masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang menikmati cerpen Bahasa Malaysia bermutu. “Sumbangan Uthaya untuk mempersubur kesusasteraan Bahasa Malaysia bukan hanya dengan kata-kata, tetapi dia melaksanakan, menghadirkan dan melestarikan usaha murni itu sama ada secara sendirian atau bersama-sama Kavyan....

Read More