Artwork sourced.

pasir yang digenggam ini
tidak akan kekal di sini
jadi milik cucu-cicit nanti
andai kita tidak mengerti
berjuang pertahankan hak di tanah air ini

lihat itu raja serigala
sedang menanti siap siaga
menerkam meratah membinasa
harta pusaka milik bangsa
agar ia menjadi maharaja
bertakhta di atas tulang-temulang kita

andai kita leka
budaya bahasa sastera jati diri bangsa
akan binasa di depan mata
hancur di tangan raja serigala yang gila kuasa

akhirnya segenggam pasir
tinggal hanya di dalam jam pasir
sedang bangsa kita
satu bahasa pelbagai budaya
jadi tamadun pupus
di atas peta dunia

Ada cerpen atau puisi? Sila kongsi bersama kami di editors@eksentrika.com