“Produksi ini adalah antara yang paling mencabar dalam hidup saya,” kata Joe Hasham di dalam pejabatnya di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac).

Saya duduk di hadapan beliau lalu mengkaji raut wajahnya buat sementara. Di sini seorang lelaki yang sudah berpengalaman hampir 50 tahun sebagai seorang pelakon, pengarah dan penerbit pelbagai produksi teater dan iklan – juga adalah lelaki pertama di dunia yang berani memikul watak homoseksual dalam sebuah siri televisyen Number 96, di negara asalnya, Australia, (pada masa yang agak kontroversi untuk mana-mana lelaki berbuat sedemikian) – namun kini mengaku pementasan beliau kali ini, iaitu “Betrayal” oleh Harold Pinter akan mencabar?

Mungkin Joe terperasan kebingungan yang tertera pada muka saya lalu menambah, “Jangan risau, saya sebenarnya teruja mengambil cabaran ini.”

Joe mendedahkan bahawa beliau telah lama mempunyai niat untuk mengarahkan lakon layar “Betrayal” selepas banyak kali kecewa lepas menyaksikan beberapa persembahan adaptasi tulisan Pinter itu.

“Saya berasa mereka seolah tidak mampu berlaku adil (terhadap skrip Pinter). Namun, “Betrayal” memanglah antara lakon layar yang bukan senang difahami – sebab Pinter menulis dalam turutan terbalik – adegan terakhir ditulis di hadapan dan bahagian pertama terletak di belakang,” kata Joe.

Harold Pinter meninggal dunia pada tahun 2008. kredit gambar: The Guardian

Pinter, seperti juga Shakespeare, memulakan kerjaya sebagai penulis lakon layar, dengan menghasilkan karya komedi – yang dilabelkan para pengkritik sebagai ‘komedi mengancam’.

Shakespeare mungkin dikenali sebab tulisan prosanya yang berbunga, tetapi Pinter diketahui kerana jimatnya dalam berkarya.

Dalam riwayatnya, Pinter membuahkan 29 buah karya lakon layar dan 15 skrip drama dan tidak asing menjadi pelakon atau pengarah. Beliau juga telah menerima banyak penghargaan, antaranya “Nobel Prize” Kesasteraan.

Antara karya masyur Pinter, yang meninggal pada umur 78 tahun, adalah “The Birthday Party (Majlis Harijadi) (1957)” , “The Homecoming” (Pulang) (1964), dan “Betrayal” (1978).

BETRAYAL, Jeremy Irons, Patricia Hodge, Ben Kingsley, 1983. kredit gambar: tasteofcinema.com

“Betrayal” yang bermaksud “Khianat” mengisahkan cinta tiga penjuru antara Emma, suaminya Robert dan kawan baik Robert, iaitu Jerry. Jalan ceritanya melingkupi sembilan tahun dari 1968 hingga 1977, di London dan Venice sebagai latar utama.

Selepas pementasan pertama pada tahun 1978, Betrayal memenangi anugerah “Olivier Award” sebagai lakon layar baru terbaik dan juga “New York Critics’ Circle Award”.

Ia dianggap puncak kegemilangan tulisan Pinter.

Betrayal kini telah diadaptasikan banyak kali sebagai pementasan dan juga filem, antara yang terkenal ialah arahan David Jones  pada tahun 1983 dengan lakonan Jeremy Irons, Ben Kingsley and Patricia Hodge.

Sekarang Joe pula menyambut cabaran mengarahkan Betrayal bukan sahaja dalam bahasa Inggeris tetapi juga dalam Bahasa Melayu.

Niatnya menggunakan bahasa kebangsaan adalah untuk menyebarkan manfaat sastera Pinter terhadap lapisan penonton Malaysia yang lebih besar.

“Setiap dialog, walaupun terhad, mampu memberikan maksud yang lebar. Setiap jeda dalam percakapan juga penting dalam penyampaian setiap adegan.

“Ia mempunyai pengaruh intrinsik dalam jalan cerita yang merangkum sepanjang 10 tahun,” kata Joe.

Joe juga meluahkan keyakinannya terhadap penterjemahan Omar Ali dalam menjanakan skrip Betrayal dalam Bahasa Melayu.

Omar, yang juga pengarah “in-house” Klpac, pernah mengambil masa sebulan untuk menterjemahkan karya Shakespeare, “Macbeth” ke dalam Bahasa Melayu untuk pementasan Klpac lalu bertajuk “Datuk Seri”.

Kini “Betrayal” menjadi cabaran baru untuknya.

Jerry dimainkan oleh Razif Hashim (kiri) dan Robert oleh pengarah residen Klpac, Omar Ali.  kredit gambar: klpac

“Ia begitu rumit, saya amat tercabar dalam menterjemahkan Betrayal,” kata Omar.

“Setiap kenyataan, walaupun remeh seperti “Saya gembira jumpa awak” mengandungi maksud yang berbeza. Dalam Bahasa Melayu, mungkin ada ekspresi yang sama tetapi isi tersiratnya mungkin lain pula,” sambung Omar lagi.

Stephanie Van Driesen memegang watak Emma. Image credit: klpac

Dalam menanggung beban penterjemahan karya Pinter itu, Omar juga berkesempatan mendalami lagi watak “Robert” yang dibawanya.

Omar juga membantu rakan sepelakon, Stephanie Van Driesen sebagai Emma, dalam menuturkan dialog Bahasa Melayu dengan tepat. Watak Jerry pula akan dimainkan oleh bakat, Razif Hashim.

Seorang lagi bakat baru, Jad Hidhir, juga termasuk dalam pementasan yang akan ditayangkan pada Sabtu (Mei 27) and Khamis (Jun 1) akan datang.

Jad Hidhir akan menghiburkan hati penonton. Kredit gambar: klpac

Pementasan Betrayal dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di Indicine, Klpac adalah sehingga Jun 4. Tiket sedang laris! Panggillah 03 4047 9000 atau layari  www.ticketpro.com.my untuk beli tiket. Anda ada persembahan yang mahu dihebahkan?  Hantarkan info kepada editors@eksentrika.com