Persembahan kontemporari bertajuk “Langkau” merupakan karya kolaborasi dua disiplin persembahan iaitu tari dan teater.

Lima individu berbakat besar akan menonjolkan seni mereka pada bulan Ogos di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Faillul Adam, Murni Omar, Fasyali Fadzly dan Iefiz Alaudin baru saja menamatkan pengajian dalam bidang seni persembahan di universiti terkemuka Eropah dan Kanada, di bawah tajaan biasiswa penuh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Shahrul Mizad pula seorang penggiat seni teater berpengalaman yang pernah memenangi beberapa anugerah iaitu Cameronian Boh Arts Awards kategori Persembahan Terbaik Split Gravy on, Top 5 Best Solo Performance menerusi karya Lembu arahan dan tulisan Shahili Bin Abdan atau lebih dikenali sebagai Namron dan Cameronian Boh Arts Awards dalam kategori Pementasan Berkumpulan Terbaik menerusi karya Alang Rentak Seribu.

Persembahan ini dibawakan oleh The Kuala Lumpur Performing Art Centre dengan kerjasama Pentasila dan disokong oleh The Actors Studio Seni Teater Rakyat.

LANGKAU
An Evening of Contemporary Performance

Dramaturgi
Fasyali Fadzly

Pemain
Shahrul Mizad
Iefiz Alaudin
Murni Omar
Failull Adam

Tempat
Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)
Pentas 2

Tarikh & Masa
4 & 5 Ogos 2017, 8.30 Malam
5 & 6 Ogos 2017, 3.00 Petang

Tiket
RM40 Dewasa
RM25 Pelajar

Info and contact
Tel: +603-4047 9000 Fax: 0326975513
014-7153414 ( faizal)
Emel: langkau0817@gmail.com
Yuemay@theactorsstudio.com.my
Wanling@klpac.org

http://www.klpac.org/
https://www.facebook.com/theklpac/