Author: Uthaya Sankar SB

Megha Duta – Bahagian 8 oleh: Uthaya Sankar SB

Image credit: Mystical Magical Herbs Baca bahagian-bahagian sebelumnya di sini. Kisah puisi klasik Megha Duta karya Kalidasa menampilkan kata-kata watak yaksa kepada gumpalan awan yang diminta menyampaikan pesanan kepada isterinya di Alaka. Sloka 20 – Selepas memuntahkan air dalam bentuk hujan, pergilah wahai awan, untuk mengambil air dari Sungai Reva. Baunya agak berbeza kerana sungai itu menjadi lubuk gajah untuk mandi. Wahai awan! Ketahuilah bahawa angin sepoi-sepoi bahasa tidak akan mampu mengangkat engkau ke langit jika tubuh engkau padat dan berisi. Sesiapa yang tidak memiliki atau menyimpan apa-apa selalunya amat ringan; manakala ketepuan menyumbang kepada tarikan graviti. Sloka 21...

Read More

Megha Duta – Bahagian 7 OLEH: UTHAYA SANKAR SB

Gambar kredit: Nana Joshi Baca bahagian-bahagian sebelumnya di sini. Watak yaksa meneruskan penceritaan kepada gumpalan awan mengenai laluan yang perlu diambil bagi perjalanan dari Ramagiri ke Alaka. Sloka 14 – Dari kawasan gunung-ganang ini, naiklah ke langit dengan muka engkau menghadap ke utara. Pada waktu itu, pasti akan ada kumpulan wanita di kawasan berdekatan mendongak untuk memandang ke arah engkau. Mereka mungkin akan tertanya-tanya apakah tiupan angin kencang sedang meruntuhkan puncak gunung. Engkau teruskanlah perjalanan sambil memastikan engkau tidak bertembung dengan Dingnaga, iaitu empat gajah mistik yang mengawal empat arah angin. Sloka 15 – Seterusnya, engkau akan melihat busur...

Read More

MEGHA DUTA – BAHAGIAN 6 OLEH: UTHAYA SANKAR SB

Baca bahagian-bahagian sebelumnya di sini.  Dalam puisi klasik Megha Duta, Kalidasa menggunakan bahagian Poorvamegha untuk menceritakan pesanan panjang yang disampaikan oleh yaksa dalam bentuk monolog kepada segumpal awan. Watak yaksa merujuk isterinya (yaksi) sebagai “adik ipar” kepada gumpalan awan berkenaan. Sloka 9 – Pergilah engkau, wahai megha. Teruskanlah perjalanan tanpa sebarang halangan. Apabila tiba di Alaka, engkau akan bertemu adik ipar engkau – isteriku – yang tetap setia kepada suaminya yang satu. Adik ipar engkau akan berada dalam keadaan selamat, sambil menghitung hari untuk bersatu semula dengan suami tercinta. Dia akan menanti dengan penuh yakin dan penuh harapan. Harapan...

Read More

MEGHA DUTA – BAHAGIAN 5 OLEH: UTHAYA SANKAR SB

Baca bahagian-bahagian sebelumnya di sini.  Berikut makna kata-kata yaksa kepada gumpalan awan yang cuba dipujuk supaya menjadi duta (utusan). Paparan ini bukan terjemahan langsung daripada apa yang ditulis oleh Kalidasa dalam puisi klasik Megha Duta; sebaliknya penjelasan makna rangkap demi rangkap puisi berkenaan. Sloka 6 – Aku tahu bahawa engkau lahir dalam kumpulan awan Pushkaravartaka yang terkenal di seluruh dunia. Engkau merupakan pegawai kanan kepada Dewa Indra di kayangan. Salah satu kehebatan engkau adalah kemampuan untuk muncul dalam sebarang bentuk yang diingini. Aku yang terpisah daripada isteriku menyedari segala keistimewaan yang engkau miliki. Atas sebab itulah aku kini merayu...

Read More

MEGHA DUTA – BAHAGIAN 4 OLEH: UTHAYA SANKAR SB

Baca bahagian-bahagian sebelumnya di sini.  Sloka 3 – Apabila yaksa terpandang gumpalan awam berkenaan, dia menjadi amat sayu. Dia cuba mengawal air mata yang mahu gugur. Kalidasa mencatatkan dalam Megha Duta betapa orang yang sedang berasa gembira juga akan berasa sedikit terkesan apabila memandang awan yang berarak di langit. Menurut penyair, emosi seorang individu yang bersendirian pasti lebih terganggu kerana dia akan teringat akan kekasih atau isteri yang tiada di sisi. Demikianlah juga keadaan yaksa yang sudah lapan bulan tinggal sendirian di Bukit Ramagiri. Hatinya begitu rindu untuk menyentuh, memegang, memeluk dan berkasih dengan yaksi. Sloka 4 – Musim...

Read More

Supported by:

Sponsored


What’s On

april, 2018

20apr5:00 pm- 11:00 amPoetry Café KL Youth Poetry Slam

21apr6:00 pm- 8:00 pmPARI PARI DI klpac

21apr8:30 pm- 10:00 pmintim sessions #7

26apr - 27apr 268:30 pmapr 27…And The Curtain Rises

27apr - 29apr 278:30 pmapr 29Bisikan Monsoon 风媒花与神兽

27apr - 29apr 278:30 pmapr 29The Working Dead Musical: Workshop Production