Sasterawan Kavyan – Bahagian 1
Jumlah penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia memang tidak ramai. Walau bagaimanapun, sumbangan golongan ini terhadap perkembangan bidang penulisan di Malaysia masih amat penting, signifikan, dan wajar diiktiraf. Semasa Diskusi Sastera Kavyan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 10 Julai 2004, istilah “Sasterawan Kavyan” diperkenalkan untuk merujuk scara khusus kepada penulis kaum India yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia. Pengkaji sastera dan penulisan Bahasa Malaysia biasanya menamakan Nagalingam sebagai penulis kaum India yang paling awal menulis karya Bahasa Malaysia (bahasa Melayu), iaitu pada tahun 1932. Bagaimanapun, hakikat yang sering dilupai adalah bahawa Munshi Abdullah (Abdullah Abdul Kadir...
Read More