Author: Uthaya Sankar SB

Vikramaditya – Bahagian 4 oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Vikramaditya terus berjalan sambil memikul mayat yang dihuni Vetalam. Puntianak itu cuba berbual-bual tetapi raja berkenaan tetap tidak berkata apa-apa. Vikramaditya sedar bahawa sekiranya baginda bercakap, maka Vetalam akan terbang melayang dan tergantung semula pada dahan pokok besar di tanah perkuburan. “Perjalanan kita masih jauh sebelum sampai ke tapak upacara pemujaan. Bagi mengisi masa, apa kata kalau saya bercerita?” Raja berkenaan mendengar kata-kata Vetalam tetapi tidak menjawab. “Bijak! Bijak! Tuanku sudah tahu muslihat saya. Akan tetapi, perjalanan kita memang amat jauh. Jadi, biarlah saya berkongsi cerita. Tuanku hanya perlu mendengar cerita saya dengan penuh teliti.”...

Read More

Vikramaditya – Bahagian 3 oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Vikramaditya tiba di kawasan perkuburan seperti yang dijanjikan. Suasana amat gelap kerana bulan langsung tidak kelihatan pada malam itu. Angin bertiup dari pelbagai arah. Lelaki alim yang memberikan hadiah buah mangga telah meminta Vikramaditya mendapatkan Vetalam, iaitu puntianak yang bergayut pada dahan sebatang pokok di tanah perkuburan. “Upacara pemujaan apakah pula yang memerlukan puntianak?” Vikramaditya bertanya kepada lelaki alim itu, beberapa hari lalu. Akan tetapi, lelaki berkenaan tidak mahu mendedahkan butiran secara terperinci. Dia hanya memberitahu bahawa Vetalam diperlukan untuk menyempurnakan yaagam, iaitu suatu upacara pemujaan khas. “Apabila yaagam dapat disempurnakan, maka saya akan mendapat...

Read More

Vikramaditya – Bahagian 2 oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Kisah Vikramaditan Kadhaigal atau Vedhala Kadhaigal terdapat dalam pelbagai versi dan pelbagai bahasa di India. Memandangkan ia sebuah cerita berbingkai, maka terpulang kepada pencerita untuk menokok-tambah kisah-kisah yang mahu disajikan; khususnya kepada pendengar kanak-kanak. Identiti watak Vikramaditya sukar disahkan secara tepat. Raja itu sudah menjadi legenda dalam kalangan penduduk negara India. Maka, kisah mengenai pengembaraannya juga pasti telah diubahsuai untuk menampilkan keperwiraannya. Dalam cerita Sanskrit berjudul Baital Pachisi yang dikarang oleh Somadeva pada kurum ke-11, Vikramaditya adalah seorang raja di Ujjain, Madhya Pradesh. Baginda seorang pemerintah yang berkaliber, berani, berintegriti, dan berjiwa rakyat. Pada...

Read More

Vikramaditya – Bahagian 1 oleh Uthaya Sankar SB

Saya mendengar cebisan kisah-kisah Vikramaditya pada usia kanak-kanak di Aulong Lama, Taiping. Cerita berbingkai dalam tradisi India ini memang panjang dan terdiri daripada 25 cerita asas yang bersambung-sambung. Apabila berkunjung ke rumah saudara-mara yang memiliki koleksi bahan bacaan, saya berpeluang membaca komik dalam siri Amar Chitra Katha, khususnya Vikramaditya (1972) dan Vikramaditya’s Throne (1975). Bagi generasi muda kaum India di Malaysia, filem Vikram Vedha (2017) lakonan Madhavan dan Vijay Sethupathi sedikit sebanyak menimbulkan minat untuk mengambil tahu kisah dongeng Baital Pachisi yang dipercayai ditulis oleh Somadeva pada kurun ke-11 menggunakan Bahasa Sanskrit. Kisah pengembaraan Vikramaditya dikenali sebagai Vikramaditan Kadhaigal...

Read More

PENDAPAT | “Beri keutamaan kepada pelakon dan artis tempatan”

Foto: Penggambaran filem Sughamaai Subbulakshmi melibatkan pelakon dan krew tempatan sepenuhnya. Pengarah urusan M A Productions House Sdn Bhd, Dato’ Murugan Alimuthu, baru-baru ini mencadangkan supaya pelakon, karyawan dan artis tempatan diberi peluang muncul dalam iklan radio dan televisyen. “Belakangan ini, iklan barangan kegunaan majoriti kaum India khasnya didapati menggunakan khidmat pelakon dan artis dari negara India. “Perkara ini amat mendukacitakan kerana terdapat begitu ramai artis, pelakon dan pembikin filem iklan tempatan yang boleh diberikan peluang berkenaan,” katanya pada majlis pertemuan krew filem Sughamaai Subbulakshmi dengan wakil media, di Brickfields, Kuala Lumpur. Murugan selaku penerbit filem itu menggesa, menyeru...

Read More

Supported by:

Sponsored


What’s On

september, 2018

1sep6:00 pm- 8:00 pmROJAK – Celebrating Diversity