Author: Uthaya Sankar SB

MEGHA DUTA – BAHAGIAN 2 OLEH: UTHAYA SANKAR SB

*** Untuk membaca Bahagian 1.   Puisi Sanskrit berjudul Megha Duta mengangkat watak yaksa (makhluk mitos separuh manusia dan separuh dewa) yang meminta segumpal awan menjadi duta bagi menyampaikan pesanan kepada isterinya. Dalam mitos dan purana Hindu, muncul Kubera yang merupakan Dewa Kekayaan. Kita mungkin lebih mengenali Dewi Lakshmi yang turut diraikan dalam sambutan Navaratiri. Kubera pula jauh lebih kaya-raya, sehingga kesemua vasu (dewa-dewi) akan menemuinya – atau memujanya – untuk mendapatkan kekayaan. Malah, Dewa Venkateshwara juga terpaksa meminjam wang daripada Kubera untuk melangsungkan perkahwinan dengan Dewi Padmawati. Secara mudah, kedudukan Kubera dalam kalangan dewa-dewi adalah seperti golongan Chettiar di...

Read More

Megha Duta – Bahagian 1 Oleh: Uthaya Sankar SB

“Where Ramagiri’s shadowy woods extend, And those pure streams where Sita bathed, descend; Spoiled of his glories, severed from his wife, A banished Yacsha passed his lonely life; Doomed by Cuvera’s anger to sustain Twelve tedious months of solitude and pain.” Terjemahan di atas dilakukan oleh Horace Hayman Wilson dalam The Megha Duta or Cloud Messenger: A Poem in the Sanscrit Language (1814). Megha Duta adalah antara puisi Sanskrit yang paling diraikan, dan dihasilkan oleh Kalidas @ Kalidasa @ Kalidasan, iaitu antara penyair penting dalam sastera Sanskrit di India. Dari segi bahasa kamus, “duta” merujuk kepada wakil yang dilantik...

Read More

PENDAPAT | Penulis Paling Dibenci

Saya sering ditanya mengapa saya menulis esei, cerpen dan novel menggunakan Bahasa Malaysia, sedangkan kebanyakan hasil tulisan saya mengangkat nilai budaya dan kehidupan watak-watak kaum India. Pertanyaan ini datang daripada pelbagai pihak. Misalnya, seorang penolong editor sebuah majalah pernah membuat tuduhan kononnya saya sengaja menulis cerpen Bahasa Malaysia dalam usaha menyebarkan unsur agama Hindu kepada khalayak pembaca Melayu. Di sisi yang lain pula, pencinta dan “pejuang” Bahasa Tamil mempersoalkan keperluan saya menulis mengenai aspek budaya orang Tamil dalam “bahasa asing”. Kononnya, jika saya mahu mendidik pembaca kaum India mengenai budaya India, maka saya sepatutnya menulis dalam Bahasa Tamil. Selain...

Read More

Supported by:

Sponsored


What’s On

september, 2018

1sep6:00 pm- 8:00 pmROJAK – Celebrating Diversity