Author: Uthaya Sankar SB

PENDAPAT | “Beri keutamaan kepada pelakon dan artis tempatan”

Foto: Penggambaran filem Sughamaai Subbulakshmi melibatkan pelakon dan krew tempatan sepenuhnya. Pengarah urusan M A Productions House Sdn Bhd, Dato’ Murugan Alimuthu, baru-baru ini mencadangkan supaya pelakon, karyawan dan artis tempatan diberi peluang muncul dalam iklan radio dan televisyen. “Belakangan ini, iklan barangan kegunaan majoriti kaum India khasnya didapati menggunakan khidmat pelakon dan artis dari negara India. “Perkara ini amat mendukacitakan kerana terdapat begitu ramai artis, pelakon dan pembikin filem iklan tempatan yang boleh diberikan peluang berkenaan,” katanya pada majlis pertemuan krew filem Sughamaai Subbulakshmi dengan wakil media, di Brickfields, Kuala Lumpur. Murugan selaku penerbit filem itu menggesa, menyeru...

Read More

PENDAPAT | Jangan Biar Minda Anak Berkarat

Gambar ehsan Uthaya Sankar SB Cerpen sulung saya yang tersiar di media arus perdana adalah karya berjudul “Ayya” yang mendapat tempat di majalah Dewan Pelajar keluaran Ogos 1992. Sejak itu, selain daripada menulis karya bagi remaja dan khalayak dewasa, saya terus-menerus menghasilkan cerpen (cerita pendek) yang disasarkan khas kepada pembaca kanak-kanak pelbagai kaum di Malaysia. Kategori umur yang tepat bagi definisi “kanak-kanak” memang agak sukar. Dari segi undang-undang, individu berumur 17 tahun juga mungkin dianggap masih kanak-kanak. Bagaimanapun, bagi membantu memudahkan urusan penulisan karya kreatif, saya meletakkan had umur dari 7 hingga 13 tahun bagi golongan pembaca kanak-kanak. Sekiranya...

Read More

SAJAK | Pusaka Bangsa

Artwork sourced. pasir yang digenggam ini tidak akan kekal di sini jadi milik cucu-cicit nanti andai kita tidak mengerti berjuang pertahankan hak di tanah air ini lihat itu raja serigala sedang menanti siap siaga menerkam meratah membinasa harta pusaka milik bangsa agar ia menjadi maharaja bertakhta di atas tulang-temulang kita andai kita leka budaya bahasa sastera jati diri bangsa akan binasa di depan mata hancur di tangan raja serigala yang gila kuasa akhirnya segenggam pasir tinggal hanya di dalam jam pasir sedang bangsa kita satu bahasa pelbagai budaya jadi tamadun pupus di atas peta dunia Ada cerpen atau puisi?...

Read More

Megha Duta | Kesudahan oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Kisah yaksa yang menyampaikan pesanan kepada gumpalan awan untuk disampaikan kepada yaksi sudah sampai ke penghujung. Apakah awan berkenaan akan bersetuju untuk menjadi utusan? Apakah pula reaksi yaksi apabila menerima perkhabaran daripada yaksa? Sloka 51 – “(Kata yaksa🙂 Pada suatu masa dahulu, kita sedang berdua-dua di atas katil dan engkau tertidur sambil memeluk leherku. Tiba-tiba, engkau terbangun dan mula menangis dengan kuat. Apabila aku bertanya berulang kali, akhirnya engkau berkata sambil ketawa kecil: ‘Engkau memang jahat! Dalam mimpi tadi, aku ternampak engkau sedang berasmara dengan orang lain!’” Sloka 52 – “Wahai yaksi bermata hitam!...

Read More

Megha Duta | Bahagian 26 oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Pesanan yaksa kepada yaksi disampaikan melalui gumpalan awan (megha) yang diminta menjadi utusan (duta). Yaksa mengajarkan ayat-ayat yang perlu digunakan oleh gumpalan awan itu apabila ia tiba di Alaka nanti dan berjaya bertemu yaksi. Sloka 45 – “(Kata yaksa🙂 Dengan menggunakan batu-batu mineral pelbagai warna, aku melukis rupa engkau pada permukaan batu. Aku melakukan kerja itu dengan perasaan marah yang muncul akibat cinta dan rindu aku kepada engkau.” “Aku juga cuba melukis gambaran diriku terbaring kaku (tidak bernyawa) di kaki engkau. Malangnya, air mata mula bergenang dan mengaburi pandangan. Takdir dan nasib tidak membenarkan...

Read More

Supported by:

Sponsored


What’s On

may, 2018

4may - 6may 48:30 pmmay 6Tales from Amma’s Kitchen

7may - 20may 710:00 ammay 20Gadis – An Exhibition by Emily Wee

10may - 12may 108:30 pmmay 12Dato’ Seri

12may3:00 pm- 6:00 pmDato’ Seri