Month: June 2018

Vikramaditya – Bahagian 5 oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Puluhan putera, pahlawan, dan pemuda berkumpul di perkarangan istana. Orang ramai juga hadir untuk menyaksikan swayamvara (sayembara) yang bakal berlangsung. “Minta perhatian!” Perdana menteri bersuara selepas mendapat arahan daripada raja. “Pada hari ini, suatu pertandingan akan diadakan bagi memilih individu yang sesuai untuk berkahwin dengan Puteri Indumati.” Ujian yang diumumkan amat berbeza dengan tradisi swayamvara yang menjadi amalan selama ini. Peserta perlu memanjat satu tembok tinggi. Kemudian, peserta perlu melompat dari atas tembok itu. Di bahagian bawah, terdapat sangkar khas tiga tingkat yang dipasang ratusan pisau tajam. Peserta perlu memastikan tubuhnya langsung tidak terkena pisau...

Read More

Vikramaditya – Bahagian 4 oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Vikramaditya terus berjalan sambil memikul mayat yang dihuni Vetalam. Puntianak itu cuba berbual-bual tetapi raja berkenaan tetap tidak berkata apa-apa. Vikramaditya sedar bahawa sekiranya baginda bercakap, maka Vetalam akan terbang melayang dan tergantung semula pada dahan pokok besar di tanah perkuburan. “Perjalanan kita masih jauh sebelum sampai ke tapak upacara pemujaan. Bagi mengisi masa, apa kata kalau saya bercerita?” Raja berkenaan mendengar kata-kata Vetalam tetapi tidak menjawab. “Bijak! Bijak! Tuanku sudah tahu muslihat saya. Akan tetapi, perjalanan kita memang amat jauh. Jadi, biarlah saya berkongsi cerita. Tuanku hanya perlu mendengar cerita saya dengan penuh teliti.”...

Read More

Vikramaditya – Bahagian 3 oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Vikramaditya tiba di kawasan perkuburan seperti yang dijanjikan. Suasana amat gelap kerana bulan langsung tidak kelihatan pada malam itu. Angin bertiup dari pelbagai arah. Lelaki alim yang memberikan hadiah buah mangga telah meminta Vikramaditya mendapatkan Vetalam, iaitu puntianak yang bergayut pada dahan sebatang pokok di tanah perkuburan. “Upacara pemujaan apakah pula yang memerlukan puntianak?” Vikramaditya bertanya kepada lelaki alim itu, beberapa hari lalu. Akan tetapi, lelaki berkenaan tidak mahu mendedahkan butiran secara terperinci. Dia hanya memberitahu bahawa Vetalam diperlukan untuk menyempurnakan yaagam, iaitu suatu upacara pemujaan khas. “Apabila yaagam dapat disempurnakan, maka saya akan mendapat...

Read More

Vikramaditya – Bahagian 2 oleh Uthaya Sankar SB

Baca bahagian-bahagian terdahulu di sini. Kisah Vikramaditan Kadhaigal atau Vedhala Kadhaigal terdapat dalam pelbagai versi dan pelbagai bahasa di India. Memandangkan ia sebuah cerita berbingkai, maka terpulang kepada pencerita untuk menokok-tambah kisah-kisah yang mahu disajikan; khususnya kepada pendengar kanak-kanak. Identiti watak Vikramaditya sukar disahkan secara tepat. Raja itu sudah menjadi legenda dalam kalangan penduduk negara India. Maka, kisah mengenai pengembaraannya juga pasti telah diubahsuai untuk menampilkan keperwiraannya. Dalam cerita Sanskrit berjudul Baital Pachisi yang dikarang oleh Somadeva pada kurum ke-11, Vikramaditya adalah seorang raja di Ujjain, Madhya Pradesh. Baginda seorang pemerintah yang berkaliber, berani, berintegriti, dan berjiwa rakyat. Pada...

Read More

Celebrating the trials and tribulations of fatherhood through comics

All artworks credit Megat Harris Being a parent is not an easy task. Just ask us as we try to juggle our full time jobs, Eksentrika and our mischievous two-year-old all at the same time. #we’resorryfornotbeingabletoupdateeksentrikacuzwesobusymovinghousehuhuhu So when I chanced upon Megat Harris Megat Hisham aka Harry Harco’s cute comic featuring himself, his daughter and his wife, the first thing that popped in my head was, “OMG! I’m not the only one!” This was followed with nervous giggles of relief. Such is the power of Harris’ comics that to us they’re a form of catharsis. Born and raised in...

Read More